BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 31, 2010

Jerawat2 ..

Salam..Dah beberape hari tak update blog..Byk masalah melanda ..Sampai timbul2 jerawat kat muka..hoho..Hari ni aku nak share cara2 menangani jerawat secara tradisional..tp aku sendiri pon tak try lg...aku jus baca kat website jer..Tak tau la berkesan ke tak ..



Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.


Tuesday, July 27, 2010

Ayah..

28 Julai 2007

Hati ku bagai di robek-robek

Bila kau pergi buat selama-lamanya

Tanpa ku pinta mengalir air mata ini

Hanya Al-fatihah dan doa ku titip kan

Maafkan ku ayah

Tidak sempat utk membalas Jasa2 mu

Tiada lagi suara mu memarahi ku

Semoga rohnya di cucuri rahmat..

Help Me Pls..

Ok.aku sudah pening..start dari pagi semalam,page aku cam berat giler..kenape ek?page orang lain yg byk element ok jer..masalah nye datang dari shoutbox aku yg kat tepi tu..time nak bukak cam sangkut2 sikit..so aku buang la falling snow aku tu dengan harapan shoutbox tu tak sangkut..tp result dia same gak.Aku sendiri nak bukak shoutbox tu cam lag..ape lg ar orang lain kan ...gRrrr..Anyone?Can U help me pls...?tinggal kan komen ye nt.. :)

Gempak Astro Mac Kuala Rompin








Salam.Hye.actually aku x taw nak post entry ape..so saje msk kan gambar2 lame ni..Gambar ni mase aku jadi bodyguard artis2 AF..hoho.badan macam ni pon ley jadi bodyguard..mesti semua orang pelik..Saje aku ikut event ni..lg pon xde ape nak buat..Dpt duit..Makan POn Free..tmpat tggl pon dorang tanggung..Mmg nasib aku baik..mase hari sabtu tu.hujan mencurah2..haha.makan gaji buta la nampak nya..Malam tu plak..ade show..ramai gile orang..dalam hujan renyai2 tu pon warga rompin ni sanggup berhujan..Best g event ni..dapat kenal2 artis..duit pon masuk skit..Mase hari pertama tu agak ketar2 gak aku nak jaga dorang..Kena ikut dorang g sane sini..g toilet pon kena ikut..Takde la masuk skali..Tunggu luar jer.Mane la tau ade peminat2 yg fanatic habis datang serbu..time tu la khidmat aku diperlukan..cewah..Paling best mase hari pertama tu..sorang artis pon aku x kenal..hoho.tepuk dahi abg driver tu..dia tanye.."Kau x pernah tgk Af ke?"Aku mmg x pernah tgk pon..Terpaksa ar dia bgtaw satu per satu name artis yg aku kena jaga tu..Papepon mmg sronok g event2 camni..lau ade lg..aku nak ikut lg..hoho..

Monday, July 26, 2010

MaLam Nisfu Syaaban


Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Petikan dari buku Duratun Nasihin tulisan Usman AlKhaibawi.

Masalah Perut Buncit..




Badan da okey..tup2..perut lak nampak cam orang pregnant..buncit la tu..Ramai orang menghadapi masalah buncit ni termasuk la aku..kadang2 aku sendiri pon pening tgk perut yg makin membesar.Malu gak lau nak jalan depan awek dengan perut terboroi2 camni....Pernah jugak aku bersenam nak kempis kan perut..tp sekejap je la..Sakit la.. Pagi tadi mase aku tgh layan2 facebook..ternampak lak page Kelab Diet Dan Kecantikan..eh..ade plak tips2
Mengatasi Masalah Perut Buncit..Jadi aku share je la kat sini ..


TIps2

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Sunday, July 25, 2010

GoodBye OneManga

It pains me to announce that this is the last week of manga reading on One Manga (!!). Manga publishers have recently changed their stance on manga scanlations and made it clear that they no longer approve of it. We have decided to abide by their wishes, and remove all manga content (regardless of licensing status) from the site. The removal of content will happen gradually (so you can at least finish some of the outstanding reading you have), but we expect all content to be gone by early next week (RIP OM July 2010).

So what next? We're not really sure at this point, but we have some ideas we would like to try out. Until then, the One Manga forums will remain active and we encourage all of you to continue using them. OMF has developed into a great community and it would be a shame to see that disappear.

You can also show us some love in this moment of sadness by 'liking' our brand new Facebook page. It would be nice to see just how many of you came to enjoy our 'better than peanut butter and jelly' invention.

Regardless of whether you stay with us or not, on behalf of the One Manga team, I would like to thank you all for your unwavering support over the years. Through the ups and downs you have stuck with us, and that is what kept us going.

As a certain Porky was fond of saying... That's all folks!

Time for me to go lay down and let this all sink in.

- Zabi


Onemanga.com last bulan julai ni..Da xde tmpat da aku nak baca2 komik bile bosan..time2 mengulat keje n time2 ngantuk.. Good Bye One Manga..


Through the darkness
I can see your light
And you will always shine
And I can feel your heart in mine
Your face I've memorized
I idolize just you.

In this cruel and lonely world
I found one true love
My dear love, I found you

top 15


Ni name2 yg dpt mase terpantas..top 15 ..aku da main da sampai tangga ke 3..sebelum 2 orang lain da potong aku..gedebub..jatuh ke tangga ke 6..susah la nak dpt mase bwh 14 saat..dekat 2 3 jam try..xley gak..aku nak no 1 la wey..dpt ps3..bestnye..tp nak kejar yg top 3 pon da tercungap2 nak dpt no 1 jadah ..haha..

Snicker Hunger Buster..


Aku dpt link ni dari Blog http://noorafzan.blogspot.com/..tgk cam menarik je gambar2 hadiah dia kan..saje nak try game ni..best la pulak..tp nak kejar mase tu susah jer..ade yg boley buat dalam mase 7 saat...cam tipu laaa..lau nak main game ni kena register dulu .. papehal msk sini ek .. http://www.snickersgame.com

Thursday, July 22, 2010

Kasut 2


Ha.ni la kasut tu..tp bukan ori..tiruan je sudey ..mane mampu mahal2..haha..da try pakai semalam..cam ok jer..ala..bukan nak pakai salu pown.. tp susah sikit la nak jaga kasut kaler putih ni..sodok je lah ..

kasut

Ha..kasut ni la aku beli..tp ni bukan beli kat sungei wang tu..ni aku beli pasar malam jer.lepas balik dari sungei wang ...tu yg malas pergi pasar malam time ade duit..nampak pape rase nak beli jer..byk gak aku beli time g pasar malam tu..Keropok lekor..fishball..air tebu n burger..sedap2..

Bank

Dah bertahun2 rasenye aku xde akaun Bsn ni..Time kecik2 dulu ade la buat.pastu mane ntah buku tu ..dulu buku kaler kuning x silap aku..n kad kaler cokelat..Skrang da upgrade sikit..tp cam x lawa je kad dia..saje aku buat akaun kat bsn ni sbb dekat je ngan umah..2 3 minit jalan je da sampai ..tp byk je khabar angin kate yg bsn makan duit..xtaw la betul ke x ..haha.lantak ler..janji jgn makan duit aku yek ~! :D

ALone

Yes ~ Tq kawan ku.kerana telah membuat aku menunggu selame 2 jam..cait ~ kalau tido tu jgn la off hp..lau xnak pergi ckp la awal2..buat tambah dosa jer..Haiz...wayang ntah kemaner..karaoke pon ntah ke maner..Last2 aku gak sorang2 terpacak kat time square ni ..Nak cari kasut...nak cari kasut..nak cari kasut..xtaw nak beli kat maner..times square or sungei wang....last2 aku g gak sungei wang.sbb da lame x masuk sane..Wah..byk nya kasut..mane 1 aku nak beli ni..dari tingkat 1 sampai tingkat 3 aku pusing..singgah2 jap kedai komik ..ok.aku da nampak da kasut mane yg aku nak beli..tp..kasut bukan ori pon..sesuai la ngan bajet aku.. rm79.90 je pon kasut tu..bukan nak bg diskaun....lepas dpt je kasut tu..terus aku kuar dari sungei wang dan terus g desa pandan..

Tuesday, July 20, 2010

Rm9.9 = 5 minit 30 saat..

Satu hari tu..kredit aku abis..nak call kawan.so aku pon topap la RM10 Celcom..

AriLL : tutt tutt....Salam..

Khai : W'salam

AriLL : Bla Blaa

Khai : Bla Bla..

Tgh rancak2 berbual..tetibe..tutt..putus..cam biase lepas abis call akan tertera kredit kite.haa? terkejut gile aku..baru je topap rm10 n borak dalam 5 minit 30 saat kredit aku berbaki 28 sen .biar betul wey ...da la ade benda penting kitorang tgh borak..bley putus tetibe.. aku pon call la customer service celcom..

Cs : Yer encik..ada apa boleh kami bantu .. (sedap lak suara dia..sejuk skit hati)

AriLL : Cik..td sy baru je topap rm10..lepas 5 minit lebih..kredit sy abis semua..tinggal balance 28 sen jer..

Cs : Sebentar ye encik..Boleh bg name No ic dan alamat tak..sy akan cek selepas ni ...

AriLL : bla bla bla bla (duk bebel bg name , no ic ngan alamat la tu )

Cs :Ok..camni encik Shahrin..mmg ade rekod panggilan selama 5 minit..selepas anda topap rm10..nak tanye sikit..panggilan yg ade buat tu .. no celcom atau bukan ..?

AriLL: Bukan no celcom kot...

Cs : Lokasi kawan yg encik hubungi tu kat maner..dan anda pula kat maner..?

AriLL: Saya kat kuala lumpur ..kawan sy tu dok kedah..

Cs : Owh..ptt la habis cepat kredit..Sbb kawan encik tu berada di luar kawasan ..lg pon no tu x masuk dalam pelan 15pax kan ?.kite kira 1 minit rm1.80 encik ..jadi encik pakai 5 minit 30 saat kire rm9.90..

AriLL : Owh..sy igt kan flat rate ..anyway Tq ea sbb membantu... :)

Cs : Sama2 encik..selamat malam ..

Gile wo..cam call luar negara dah..Tobat da aku nak kol kawan2 luar kL pakai celcom ni ..hoho..x taw lak rate dia camtu..maklum la.br je pakai 3 bulan no ni ..Terus x jadi aku nak borak ngan kawan aku tu ..sms je sudah ..haa haa...


Mata pon da ngantuk..time utk tido..weee..good nite all. :)

Pening La


Aku try masuk kan widget utk detect pengunjung2 yg usha line page aku ..adoi..tp dia jadi cam pendek lak ..x cukup sifat ar plak..mase preview tadi nampak panjang n cun jer..nak edit camne aku sendiri pon xtaw..nak tanye sape aku pon xtaw..haiz..sabar je la ..dok cari benda ni..sampai nak tido awal pon terbabas..esok nak bgn kul 8 ni..steady ariLL ..

Bosan

Bosan Je malam ni..Hari ni nak tido awal..byk keje nak wat esok ..KuL 7.45 nak kena bgn..Nak g bukak akaun Bsn..Senang sikit papehal..Bsn depan ni je..dekat..Pastu kul 11 da kena gerak ke TIme Square lak..da janji nak karok same2 ngan member..adoiyai..cam lemah lak nak g karok ..aku bukan nye suara sedap ..haha..Pastu dalam kul 1..g jalan2 cari kasut baru ~ hoyeah ..thanks to my Miss "Y" .. Lepas cari kasut...G layan movie lak..x tau la nak tgk cite ape..itu je la kot aktiviti esok ..

aku lg .. :)



Ni gambar mase aku darjah 6 dulu..comel x ? haha...lau nak tgk sile double klik yer..gambar cam kecik skit ar..rindu nye kenangan mase skolah kat sini .. gambar2 skola yg lain abg aku simpan mane ntah..rase cam byk je gambar tyme kecik2.. :) ..next time nak load lg gambar2 lame ni..

Monday, July 19, 2010

Besarnyaa


Gambar ni gambar lame..tp sbb aku br tgk so upload je la..gile besar ular sawa ni..da macam anaconda da aku tgk ...bayang kan lah kalau dia belit..uish..mau 5 6 orang dia boleh belit skali jalan...Ngeri2.

Congrat2 ~



Tahniah Slipar a.k.a Mohd Rizan B Mujip..kerana menjadi juara World Cyber Game 2010 dalam kategori Tekken 6 ..Gile Kentang la ini orang...dulu aku suh dia ajar aku dia xnak..maybe sbb dia takut kehebatan dia turun kat aku kot..hoho..pape pon tahniah ~

spesel..



Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja..

tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia.
Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya,
tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa.
Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu
peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana
lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la.
Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu.

Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?

O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..

Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00
ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.

Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?

O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste...

Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun
terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah,
dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh
tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by'
saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi,
dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....

Mat : Yaaaa..Boss,

O.K.B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...?

O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek

yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.

Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi,
Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun
pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar
bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima
minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara
yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...

Mat : Ada apa Boss...

O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?

Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu
kata yang spesial tu mesti telog dua...

O.K.B : ..????????????????????????

p/s : tergelak2 aku baca cite ni ..bodoh jew ..bwahahahaah ..

Kisah Buang Bayi


Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....

Sunday, July 18, 2010

Predator ~

Dah tgk Lom cite ni ?Pastikan anda tgk yer..Best giler ~Lagi best dari Avp 2 yg ntah paper..Cite ini mengisah kan..beberape orang yg terpilih dari bumi..akan di hantar ke planet lain ..utk menjadi mangsa predator..ha..lagi 1 ..dalam cite ni ade 2 jenis kaum predator..nak Tau lagi ? tgk lah sendiri ~ hoho

Time Kecik2


Ni time kecik2 dulu..Comey kan ?..hohoho..kecik2 mmg la..da besar hampeh..gambar 1 st tu mase umur setahun setengah ..yg second ni..mase umur 5 tahun rasenye..yg last skali tu..3 tahun..yg pegang aku kat atas kuda tu bukan abah aku taw..tu abang aku..beza umur 15 tahun WOoo..




Saturday, July 17, 2010

kerja2 ..

Mornink ~ Hari2 kena kerja..Kan best lau lahir2 je da jadi org kaya..Boleh beli macam2..boley makan macam2 ..boley kawen cepat2 ..boley belanje semua org..hoho..tp cam busan lak life camtu kan..ape kite nak..dpt jer..hoho..Jadi bersyukur laa dengan ape yg kite ade .. :)

Thursday, July 15, 2010

Jalan2 ~

Ok. dalam mase sehari 2 ni x update blog kot..ade hal skit di luar kawasan kuala LumpuR .. hope korang semua jaga diri bebaik k .. =.- wink

Wednesday, July 14, 2010

MoRning

Mornink ! Morning la sgt..da msk kul 12.04 pm da pown.Br bgn kul 10.30 pagi tadi..antara yg paling awal dalam bulan ni..hoho..Ptt msk keje kul 8..da lewat 2 jam lebih.. :D dah taw nak bgn pagi..tido lagi kul 4 lebey..Aduiyai..Oh yea..Tiket Bas kul 11 malam.Nak G kuantan :) ..Jalan2 kat sane jups..X penah sampai pon sane sebelum ni..rase excited gile.. hoho .. Kuantan ! Here I Come ~

Rindu nya !


Rindu rindu rindu .. Rindu nye kat dia my miss "Y"
Call hari2..Sms pon hari2 ..Jumpe je x hari2...

Tuesday, July 13, 2010

Beg baru ~!


Yeha ~Saje nak tunjuk beg baru beli.murah jee..al maklum la..downtown punye..... =.- ....Tahun ni byk lak berjalan..ptt la kopak duit..adoiyai ~

ZzZz Sleep2 tyME ~!


Ngantuk sudah..time 2 sleep..b4 that..nak ucap Tq kepade Encik Ammar Zhafri n Ida Kamal yg kena melayan karenah aku nak wat Blog ni tadi..haha.mesty pening2 pale dorang kan..aku yg nak buat blog pon pening ape tah lg dorang..hoho... Sory2 wey ~! susah kan korunk je kan ? hoho.. nt aku banje Coco crunch ok ? :D

nites2 +_+

Poker Face !


Antara game yg ter HOT kat Facebook , Tagged , Myspace..Dulu aku x main pon game ni..memule cam x paham..bile da pandai..waah..hari2 nak main ..tp lau salu kalah pon x guna gak kan? HOhoOhO..Mane yg addicted gile2 tu..sanggup je beli chips..Rm6 = 1m chips..gile la dorang ni .ade je yg aku tgk sampai sanggup beli sampai100m ..wew..Rm550 kot? semata2 nak main poker..hoho..

Banjir ~

Ha..ni pic cheras dilanda banjir bulan lepas....dalam x dalam la kan ..da nk sampai kat tingkap dah air dia tu...sian aku kat makcik yg niaga kat bas stop tu...yg van ni pon selambe2 dia je dia lalu kat air byk2 tu..kan da sangkut..padan muke..hohohohho

Heey ..

Yeay! 1st post ..aku pon xtaw nak post ape sebenarnye..so..saje letak lambang cc aku keje ni ..tgk semua orang sibuk2 blogging..aku pon cibuk je nk wat ..haha....nak cite skit psl aku..

1. Suke makan ..sbb tu gemok..

2. Tak suke lipas..lau nampak lipas sy pijak2 dia..

3. Suke makan kat mamak..lau mkn kat mamak order cpt..bleh marah2..hoho..

4. Suke main dota..tp salu kalah ..bengong tul..

5. Tak suke men judi..dulu salu main tp x pnh menang pon..hoho



its Me ~!

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
Sy x pandai Ber Blogging pown.So if Blog x Best..minta maaf la byk2 Yer.. :) Sy budak baru belajar berbloG .